Thursday, August 2, 2007

2nd Gathering - Part 1

Hi guys...sorry lambat update. Akhirnya dapat gak habiskan edit gambar2 gathering..banyak sgt, takleh tgk screen lama2 fening jadinya. Anyway...gathering last Saturday, memang meriah!..ramai yang join. Yang dewasa jer hampir 30 org...tak termasuk kanak-kanak. Kalau ramai lagi, confirm tak muat rumah tu..heheh.
Gathering around 3.30pm to 4.00pm. Janji nak buat kul 2, heheh, tapi, ada yang sesat, dengan org yang pegang kunci rumah pun tiba agak lambat:-)..10 org dah sampai awal, and then joined by 3 other members...so kitorang singgah kedai mamak kat bawah apartment, minum-minum dulu, sementara menunggu rombongan lagi satu bersama family Fatin sampai.


Sampai jer, susun makanan dulu...banyak betul makanan yang dibawa oleh ahli fc dan family Fatin...tapi hanya sempat amek gambar sikit je...leps tu baru bincang pasal FFC. Break utk makan, sambung lagi bincang + bermesra + bergambar.


Perbincangan diketuai oleh kak Mas...so, kita dah decide senarai AJK, confirm on Website service provider, dan confirm tarikh launching FFC. Carta organisasi Insya-Allah akan diletakkan diwebsite rasmi. Utk anda yang ingin vote nama domain website rasmi, sila ke forum yer. Untuk launching FFC, kita akan adakan pada 8hb Sept 2007. Maklumat lanjut kami akan berikan kemudian...,seperti biasa akan diemelkan kepada semua ahli yang mempunyai emel address. Kepada ahli yang sudah mendaftar tetapi tidak menyertakan emel address, diharap anda dapat create satu, dan update info anda, utk memudahkan anda mendapat segala maklumat berkaitan FFC.


Anyway, semua yang join memang sporting...ada beberapa kerat yang pemalu..heheh....tp takpe at least dah kenal. lepas ni kalau jumpa lagi takdelah malu sgt. Utk family Fatin dan Family kakak angkat Fatin, terima kasih kerana sudah dtg dari JB utk menjayakan gathering ini. Memang sokongan dari keluarga Fatin kami perlukan bagi menjayakan FFC ini. Apapun, Fatin pun ceria pada 2nd gathering ni. Kalau in 1st gathering, dia nampak a bit tired, tp this time around, dia segar bugar...dan terserlah personality dia yang agak goofy..hahah..goofy and fun...kalau lah kat AF dulu dia serlahkan personality dia yang ni, things could be turned out differently..heheh. Anyhow...everything was fun! fun! fun!


For part one, saya sertakan dulu gambar2 makanan yang dibawa semasa 2nd gathering....nyum nyum...banyak lagi makanan sebenarnya..ada lontong, rendang daging, rendang ayam, ayam panggang, nasi ayam, pulut kuning, mee goreng, bahulu, apam, serunding, nasi empet dan lain-lain. Mi dtg lewat tp bawak kerepek2 yang bermacam jenis. Semua food sedap2 tp tak sempat nk rasa semua..heheh....anyway..ni je yang sempat amek...enjoy these pictures!


No comments: