Thursday, May 31, 2007

Fatin...@ konsert 3 AF5

Konsert minggu ketiga yang telah diadakan pada 1 April 2007, menyaksikan Fatin beraksi cemerlang membawakan lagu Dayang Nufaizah bertajuk "Erti Hidup". Fatin berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik sekali sehingga mendapat pujian daripada pengkritik-pengkritik tetap. Tone suara Fatin yang sedap juga telah mendapat pujian daripada Hattan. Persembahan Fatin merupakan antara yang terbaik pada konsert ke-3.


Credit: www.astro.com.my/akademi_fantasia/v5

Credit: www.budiey.com

Fatin...@ konsert 2 AF5

Pada konsert kedua yang telah berlangsung pada 24 Mac 2007, Fatin telah menyanyikan lagu bertajuk "Bila Rindu Ku Sebut Namamu", nyanyian asal Siti Fairuz. Fatin telah membawakan lagu tersebut dengan baik sekali. Fatin juga kelihatan sangat cantik dengan make-up dan dandanan rambut ala 80-an.

Fatin dengan aksi robotnya semasa pembukaan konsert ke-2



Credit: www.astro.com.my/akademi_fantasia/v5

Credit: www.budiey.com

Fatin...@ konsert 1 AF5

Pada konsert 1 yang diadakan pada 17 Mei 2007, Fatin telah menyanyikan lagu dangdut bertajuk "Angkat Kaki" - nyanyian asal Sheeda. Fatin yang dikuarantinkan pada minggu pertama, yang disebabkan oleh penyakit kulit, membuat kejutan muncul dikonsert pertama. Fatin menyambung nyanyian lagu "Angkat Kaki" yang telah dimulakan oleh pengacara AF5, Aznil Haji Nawawi.


Credit: www.astro.com.my/akademi_fantasia/v5

Fatin...@ sesi bergambar rasmi



Credit : photo scanned by afvirgo

Fatin...sebelum bergelar bintang

Gambar Fatin semasa sesi uji bakat di Johor Bahru, Johor.

Credit : www.astro.com.my/akademi_fantasia/v5

Blog untuk fatin

Setelah lama menunggu,tertunggu-tunggu dan tercari-cari website untuk Fatin, tak muncul-muncul, maka timbullah inisiatif untuk wujudkan blog khas untuk peminat-peminat Fatin AF5. Blog ini ditujukan khas untuk Fatin, bintang Akademi Fantasia ke-5. Blog ini dibuat oleh peminat Fatin, dan akan dimuatkan dengan maklumat-maklumat yang diperolehi tentang aktiviti-aktiviti fatin. Diharap peminat-peminat fatin dapat berkumpul dan bertukar-tukar fikiran disini. Disamping memberi idea-idea untuk blog ini agar lebih terisi dan menarik ramai peminat-peminat untuk berkumpul disini.