Saturday, July 21, 2007

2nd Gathering FFC

Hi All,


Butiran gathering kedua FFC adalah seperti berikut :


Tarikh : 28 hb July 2007

Masa : 2.00 ptg

Tempat : Pangsapuri Vista Impiana, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor.


Kali ini, kami memilih untuk mengadakan pertemuan di sebuah rumah pangsapuri (thanks to Sue) di Taman Bukit Serdang. Ini bagi memudahkan perbincangan diadakan mengenai penubuhan FFC dan launching FFC didalam suasana yang aman. Kepada ahli FFC atau yang belum menjadi ahli, tapi meminati Fatin, kehadiran anda amat dialu-alukan.


Kepada anda yang ingin menyertai, sila nyatakan kehadiran anda dengan emel ke : fatinfc@yahoo.com. Alamat penuh akan diberikan setelah anda nyatakan kehadiran.


Kepada yang mempunyai kenderaan sendiri tetapi tidak tahu jalan, kita akan konvoi setelah berkumpul disatu tempat.


Kepada yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, anda boleh tunggu di stesen komuter Serdang atau pun stesen LRT Bukit Jalil. Kami akan uruskan transport dari kedua2 stesen komuter/lrt tersebut (ahli2 FFC akan jemput anda). Cuma nyatakan kehadiran anda dan stesen pilihan.


Kami juga bercadang untuk membuat potluck, dimana setiap yang hadir, membawa sedikit makanan utk sama2 menjamu semasa perjumpaan itu nanti.


Jika ada yang ingin berendam dikolam renang juga, dialukan untuk membawa pakaian mandi:-)


Apartment tersebut, dilengkapi dengan api dan air, tidak ada masalah utk menggunakan tandas, juga ada bilik untuk kegunaan solat.


Jika ingin berbincang lebih lanjut, sila ke forum FFC di http://www.fatinaf5.proboards79.com/.


Fatin dan family akan turut serta dalam 2nd gathering ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama Fatin.

Jumpa anda disana!

No comments: