Tuesday, June 12, 2007

Fatin..@ Media Hiburan

Untuk mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan dan membaca majalah Media Hiburan yang memaparkan Fatin sebagai Cover bersama Dekna, Awal dan Are-Meeer, anda boleh membaca artikel mengenai Fatin disini. Terima kasih kepada Ct (little_sakura) dan uminya yang tolong scan gambar-gambar dari majalah tersebut. Kalau nak gambar yang lebih banyak dan jelas serta baca cerita tentang yang lain, sila dapatkan majalah ini dipasaran, ok.


Sumber : Majalah Media Hiburan

Tarikh : 9-15 Jun 2007

Bil : 1153

Penulis: Salwana Mohammad & Norhayati Suboh



FATIN HARAP TIDAK DILUPAKAN

Nurul Fatin Yahya (Fatin) tidak begitu nasib baik kerana telah tersingkir awal iaitu pada konsert AF5 minggu keempat. Populariti yang dikecapinya juga tidak sehebat bekas pelajar musim sebelumnya kerana kali ini mereka tidak dibenarkan muncul sebarangan. Bagaimanapun Fatin tetap mempunyai daya tarikan tersendiri seperti mana pelajar-pelajar lain. Mampukah dia terus 'mengetuk pintu' industri seni atau pun dia terpaksa kembali kepada kehidupan asalnya sebagai remaja biasa?




KURUS KERANA PENYAKIT?

Sama seperti bekas pelajar AF yang lalu, Fatin berserah dan menaruh kepercayaan kepada pengurusan Maestro untuk merencanakan kerjayanya. Biar apa terjadi, Fatin tekad untuk meneruskan langkah sebagai anak seni.


" Fatin masih lagi dengan Maestro, ikut semua jadual yang disediakan. Sekarang dah mula kelas vokal, menari dan berlakon. Setakat inii Fatin terikat dengan kontrak enam bulan dan lepas tu tengoklah macam mana. Kalau ok, mungkin akan ditawarkan sambungan kontrak tiga tahun. Andai kata tak berjaya, pandai-pandailah Fatin bawa diri dalam bidang muzik. Fatin memang minat dan harap-harap sangat tak akan dilupai peminat. Saya akan terus berusaha sehingga berjaya," tekad Fatin.
" Fatin suka dengan semua muzik, bukan dangdut semata-mata. Jiwa Fatin tak adalah dangdut sangat sebaliknya pop sebenarnya. Dangdut tu memang Fatin suka dan sudah biasa bawakan genre tu masa menyanyi ditempat kerja,"

Untuk mengenali Fatin tidak susah kerana dialah pelajar AF5 yang paling kurus. Mungkin pada pandangan orang ia sesuatu yang menyeronokkan tapi sebaliknya bagi Fatin. Dia agak gusar dengan berat badan yang terlalu ringan itu.

" Berat sekarang 37kg. Kurus sangat kan,kak? Fatin dah makan banyak dah tapi tak naik-naik juga. Nak cakap keturunan tak juga sebab kakak Fatin berisi. Dua tahun lepas pernah juga Fatin naik sampai 43kg, tapi lepas tu turun balik. Fatin ni memang susah naik cepat turun. Bukannya tak usaha tapi memang tak boleh nak buat apa. Mak pernah juga suruh ambil vitamin tapi Fatin risau kalau ada apa-apa kesan sampingan. Sakit? takdelah, Fatin tak ada sakit apa-apa pun," cerita Fatin dengan penuh kebimbangan.




"DAFI MANJA..."


Sebelum ini Dafi pernah membuat kenyataan Fatin merupakan pelajar AF5 paling cantik. Ia mengundang tanggapan kononnya Dafi menaruh minat terhadap Fatin. Persoalan itu membuatkan Fatin ketawa dan sukar untuk berkata-kata.
" Hahaha...Kawan je. Mungkin dia suka tapi susahlah nak cakap kak. Kalau Dafi kata Fatin cantik, itu pendapat masing-masing. Setakat ni Dafi tak ada pula luahkan perasaan kata dia suka kat Fatin pun. Fatin redha kami ditakdirkan bersama, andai itu petunjuknya. Dalam akademi dulu, Fatin akui rapat dengan Dafi. Bukan dengan dia je, dengan Rizal dan Shawal pun Fatin ok sebab Fatin suka cara mereka yang ceria serta gila-gila," tambahnya.

" Dafi seorang yang manja, baik, cakap tak kasar, pandai jaga hati dan juga seorang kawan yang baik. Kami masih rapat dan ada masanya keluar makan beramai-ramai. Kalau boleh Fatin nak cari teman lelaki istimewa yang comel, sedap mata memandang, jujur, bertanggungjawab, penyayang dan romantik. Dulu masa tingkata dua adalah cinta monyet tapi sekarang kalau boleh Fatin nak buat yang terbaik dalam bidang nyanyian. Tengoklah, umur 27 tahun nanti baru Fatin fikir pasal ni," jelas Fatin.


1 comment:

Anonymous said...

Eeemmm...
Mas dah baca komen Fatin kat media hiburan nih. Aik,Fatin mmg. ada apa2 ke dgn. Dafi. Cam ade je.
Ajakla fan Dafi join FC kita sekali.